Khamis 30 Januari 2020 , Unit Sukan SK Kamil 1 , SK Kamil 2 , dan SK Kamil 3 telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Cross Country Kompleks Kamil 2020.
Kejohanan yang diadakan bagi kali ketiga ini melibatkan hampir 2000 murid dari ketiga ketiga buah sekolah yang merangkumi 14 kategori yang berbeza mengikut tahun. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan sekolah sekolah dalam Kompleks Kamil. Majlis perasmian Cross Country ini telah dirasmikan kan oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid , Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tn Haji Mashadi Bin Dato`Hj Mustafa 08.30 pagi
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Azhar Bin Abd Aziz dari , diikuti dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Tengku Asnida dari SK Kamil 1 dan diikuti dengan Ucapan Perasmian Kejohanan oleh Tn Haji Mashadi Bin Dato`Hj Mustafa
Jawatankuasa Penganjuran Cross Country 2020 merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid , Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Tn Haji Mashadi Bin Dato`Hj Mustafa Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh , Pegawai-Pegawai Kejohanan dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh , Guru Besar SK Kamil 1 , SK Kamil 2 , dan SK Kamil 3. Ucapan Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua Guru Penolong Kanan KoKurikulum , Setiausaha Sukan , PDRM Pasir Puteh , APAM Pasir Puteh , pegawai-pegawai kejohanan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.
Berikut adalah foto sekitar Kejohanan Cross Country 2020 ini berlangsung
https://web.skkamil2.net/index.php/pentadbiran/unit-unit-dalaman/ko-kurikulum/202-kejohanan-merentas-desa-cross-country-kompleks-kamil-2020#sigProGalleria2365a2fb7c