Pada 22 hingga 24 April 2019 , Unit Kokurikulum SK Kamil 2 telah menganjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan  Kali ke-28.

Kejohanan selama 3 hari ini telah berlangsung dengan meriahnya yang melibatkan 68 acara balapan dan  padang serta  acara sukaneka termasuk  Pra sekolah dan Pendidikan Khas.

Kejohanan tahun ini telah menyaksikan saingan sengit antara rumah rumah sukan yang bertanding dalam semua acara balapan dan padang. Rumah BIRU  telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi tahun 2019. Rumah KUNING NAIB JOHAN dan Rumah MERAH di tempat ketiga.

Keputusan pertandingan perbarisan telah dimenangi oleh rumah Merah manakala rumah Biru telah  menggondol hadiah khemah paling kreatif. Pasukan Paling Ceria telah dimenangi oleh rumah Kuning dan anugerah pasukan paling bekerjasama telah dimenangi oleh rumah Hijau. Pasukan paling Berdisplin pula telah dimenangi oleh Rumah Hijau dan anugerah maskot paling kreatif telah dimenangi oleh rumah Biru.

Adik Mohd Akif Naqiuddin Bin Azali dari rumah Biru telah dinobatkan sebagai olahragawan 2019 dan adik Ain Nur Qistina juga dari rrumah Biru telah dinobatkan sebagai Olahragawati 2019. Olahragawan Harapan telah disandang oleh Adik Adam Ikmal Bin Azli dari rumah Merah manakala Olahragawati harapan telah dimenangi oleh Adik  Nur Raudhah Zahirah dari rumah Biru.

Anugerah Olahragawan Tunas telah disandang oleh Adik Muhd Fairus Aidil dari rumah Merah dan Adik Nor Madihah dari rumah Hijau telah dinobatkan sebagai Olahragawati Tunas bagi tahun 2019.

Majlis perasmian penutup kejohanan telah disempurkanakan oleh Tuan Haji Mah Dahwi Bin Ya , Guru Besar SK Kamil 2.

Pihak jawatankuasa Kokurikulum SK Kamil 2 merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis kejohanan pada tahun ini.

Berikut adalah foto sekitar kejohanan selama tiga hari itu berlangsung

{gallery}kejohanan_olahraga_tahun_2019{/gallery}