Khamis 21 September 2017 , Unit KoKurikulum SK Kamil 2 telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Patriotik 2017 sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan pada tahun ini.

Sambutan dimulakan dengan bacaan surah yasin oleh semua warga sekolah yang dipimpin Ustaz Md Azhar Bin Abd Aziz. Ini diikuti dengan perarakan masuk pentadbir sekolah diiringi guru guru dengan berpakain songket melayu. Ini diikuti dengan nyanyian lagu Negaraku , Lagu Sekolah , Lagu Selamat Sultan , dan Lagu Kamil 2 Tercinta.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa selamat oleh Ustaz Azlan Bin Aziz ini dikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Guru Besar Tn Hj Mah Dahwi Bin Ya.

Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang bulan patriotik ini adalah Pertandingan Kelas Patriotik , Pertandingan Lagu Patriotik , Pertandingan Basikal Patriotik dan Pertandingan Pakaian Tradisional Patriotik.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar kepada peserta yang berjaya dalam pertandingan yang telah diadakan. Pihak jawatankuasa KoKurikulum SK Kamil 2 merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis penutup bulan patriotk ini.

Berikut adalah foto sekitar majlis  tersebut diadakan.

{gallery}merdeka_close_ceremony{/gallery}