Pada 19 Februari 2019 , Unit HEM SK Kamil 2 telah mengadakan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda  dan Pelancaran Bulan Disiplin 2019.

Majlis tersebut telah dirasmikan En Rosidi Bin Ramli Pen.PPD Pengurusan Sains Kemasyarakatan selaku wakil rasmi Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku , diikuti dengan bacaan doa oleh Al Fadhil Ustaz Azlan Bin Aziz. Majlsi diteruskan dengan ucapan alu-aluan Tuan Guru Besar Tn Hj Mah dahwi Bin Ya dan ucapan peerasmian oleh En Rosidi Bin Ramli.

Seramai 90 orang pengawas sekolah , 63 orang pengawas pusat sumber , 21 orang pengawas SPBT , dan 27 orang pengawas PRS telah menerima watikah pelantikan dalam majlis ini.

Pihak AJK HEM SK Kamil 2 merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada AJK Sambutan yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Berikut adalah foto sepanjang majlis berlangsung.

{gallery}majlis_pelantikkan_pengawas_2019{/gallery}