Majlis Pelancaran Pemuafakatan PDRM Dan KPM  peringkat SK Kamil 2 telah diadakan pada 18.02.2019 bertempat di Dewan Tunas Bakti SK Kamil 2.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Sarjan Detektif Wan Hairul Amir Bin Wan Sulaiman dari Unit Cawangan Khas IPD Pasir Puteh. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah disempurnakan oleh Al Fadhil Ustaz Md Azhar Bin Abd Aziz. Ini diikuti dengan ucapan alu-aluan Tuan Haji Mah Dahwi Bin Ya. Majlis diteruskan dengan ucapan Sarjan Detektif Wan Hairul Amir Bin Wan Sulaiman yang turut membacakan teks ucapan ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Bin Harun.

Pihak sekolah merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada IPD Pasir Puteh , Tuan Guru Besar SK Kamil 2 , Guru -Guru Penolong Kanan , guru-guru dan seluruh AJK sambutan yang telah menjayakan majlis ini.

Berikut adalah foto sekitar majlis tersebut berlangsung.

{gallery}pemuafakatan_pdrm_kpm{/gallery}