Rabu 24.05.2017 , Unit Hal Ehwal Murid SK Kamil 2 telah mengadakan majlis penyerahan wang bantuan awal persekolahan siri 2 bagi murid tahap 1 2017.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mah Dahwi Bin Ya , Guru Besar SK Kamil 2 bertempat di Dewan Tunas Bakti SKK2. Bantuan ini melibatkan 184 orang murid tahun 1 , 2 , dan 3 SK Kamil 2 2017.

Dalam ucapannya Tuan Guru Besar mengharapkan agar semua ibu bapa/penjaga menggunakan wang yang  diberi pihak kerajaan dengan sebaik mungkin untuk kegunaan anak dibawah jagaan masing masing seperti membeli barang keperluan persekolahan , pakaian sukan , dan lain lain keperluan.

Pihak jawatankuasa hal ehwal murid SK Kamil 2 merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru , staf sokongan , dan ibu bapa/penjaga yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

{gallery}bkap_tahap1{/gallery}