Isnin 21 Januari 2019 , Unit Sukan SK Kamil 1 , SK Kamil 2 , dan SK Kamil 3 telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa Cross Country Kompleks Kamil 2019.

Kejohanan yang diadakan bagi keali kedua ini melibatkan hampir 2000 murid dari ketiga ketiga buah sekolah yang merangkumi 14 kategori yang berbeza mengikut tahun. Kejohanan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan dikalangan sekolah sekolah dalam Kompleks Kamil. Majlis perasmian Cross Country ini telah disempurnakan oleh Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan En.Muhammad Nuzulhan Bin Muhammad Zain pada jam 9.00 pagi

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Azhar Bin Abd Aziz dari SK Kamil 2 , diikuti dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Cikgu Tengku Asnida dari SK Kamil 1 dan diikuti dengan Ucapan Perasmian Kejohanan oleh Ketua Unit Sukan JPN Kelantan.

Jawatankuasa Penganjuran Cross Country 2019 merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Unit Sukan JPN Kelantan Encik Muhammad Nuzulhan Bin Muhammad Zain  , Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Puteh , Pegawai-Pegawai Kejohanan dari Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh , Guru Besar SK Kamil 1 , SK Kamil 2 , dan SK Kamil 3. Ucapan Penghargaan dan terima kasih juga kepada semua Guru Penolong Kanan KoKurikulum , Setiausaha Sukan , PDRM Pasir Puteh , APAM Pasir Puteh , pegawai-pegawai kejohanan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Berikut adalah foto sekitar Kejohanan Cross Country 2019 ini berlangsung

{gallery}xcross_country_2019{/gallery}