Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat sekolah Anjuran Unit Sambutan Dan Perayaan SKK2 dengan kerjasama Unit Kokurikulum telah diadakan pada 30 Ogos 2018 bertempat di Dewan Tunas Bakti SK Kamil 2.

Sambutan dimulakan dengan majlis bacaan yasin diikuti dengan bacaan doa dan Nyanyian 3 buah lagu. Majlis diteruskan dengan ucapan alu aluan pengerusi majlis diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar Tuan Haji Mah Dahwi Bin Ya. Tuan Guru Besar turut melancarkan gimik sambutan bulan kebangsaan dengan melepaskan seekor burung merpati sebagai simbol kebebasan.

Majlis diteruskan dengan perarakan motosikal roda tiga berhias menuju ke sekolah sekolah berhampiran iaitu SK Kamil 1 , SK Kamil 3 dan SMK Kamil. Perarakan juga turut singgah di Pejabat Pelajaran Daerah Pasir Puteh yang mana rombongan telah disambut oleh Tuan Timbalan PPD Encik Abdul Hadi Bin Sulaiman.

Majlis sambutan turut diserikan dengan pertandingan basikal patriotik , pertandingan lagu patriotik tahap 1 dan 2.

Berikut adalah foto sekitar sambutan diadakan

{gallery}sambutan_kemerdekaan_2018{/gallery}