Pada 18 dan 19 Mei 2017 , Unit KoKurikulum SK Kamil 2 telah menganjurkan Kejohanan Padang Dan Balapan Kali ke-26.

Kejohanan selama 2 hari ini telah berlangsung dengan meriahnya yang melibatkan 68 acara balapan dan 30 acara padang. Acara sukaneka Pra sekolah dan Pendidikan Khas turut diadakan. Acara 4 X 100 meter jemputan sekolah sekolah dalam Zon 3 turut diadakan.

Kejohanan tahun ini telah menyaksikan saingan sengit antara rumah rumah sukan yang bertanding dalam semua acara balapan dan padang. Rumah hijau telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi tahun 2017 dikuti rumah Biru , Merah dan Kuning.

Adik Md Haziq Bin Shukri dari tahun 5 Pintar telah dinobatkan sebagai olahragawan 2015 dan adik Tuan Mohd Najmuddin Bin Tuan Daud telah dinobatkan sebagai Olahragawan Harapan. Olahragawan Tunas telah disandang oleh adik Muhamad Arsyad Bin Azman dari tahun 2 Bestari dan Adik Tuan Nur Hannah Basyirah Binti Tuan Noor dari tahun 2 Pintar telah dinobatkan sebagai Olahragawati Tunas 2017.

Majlis perasmian penutup kejohanan telah disempurkanakan oleh Yang Berbahagaia Dr Abd Hadi Hafiz Bin Abd Aziz selaku YDP PIBG SK Kamil 2.

Berikut adalah foto sekitar temasya kejohanan berlangsung.

{gallery}track_field_2017{/gallery}