Pada 18 September 2019 , Unit Kokurikulum SK Kamil 2 telah mengadakan majlis penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 62 bagi tahun 2019 dan Fun Ride Kemerdekaan.

Majlis dimulakan pada jam 07.40 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dikuti dengan ucapan alu aluan Ybrs Encik Nik Aziz Bun Hussain selaku Pengurus Bank Kerjasama Rakyat Malaysia cawangan Kubang Kerian Kelantan.

Majlis diteruskan dengan acara Fun Ride Sayangi Malaysiaku yang telah dilepaskan oleh Ybrs Encik Pakuruzi Bin Mat Yusuf selaku Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.

Kayuhan Fun Ride telah singgah di beberapa buah sekolah sekitar daerah Pasir Puteh iaitu SK Pasir Puteh (P) , SK Pasir Puteh (L) , SK Sri Aman , dan SJK (C) Kai Chih. Majlis diserikan lagi dengan acara penyampaian cenderahati kepada Guru Besar sekolah sekolah yang terlibat.

Acara cabutan bertuah Fun Ride turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis sambutan. Majlis sambutan penutup bulan kemerdekaan ini juga turut diserikan lagi dengan acara pertandingan pakaian patriotik , pertandingan mewarna , pertandingan nyanyian lagu patriotik , pertandingan basikal patriotik , dan pertandingan payung patriotik.

Pihak jawatankuasa sambutan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus Bank Rakyat Kubang Keriaan , Guru Besar SK Kamil 2 , barisan guru Penolong kanan , guru-guru , dan semua pohak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Berikut adalah foto sekitar majlis penutup dan Fun Ride berlangsung.

{gallery}*stories*/funride_kemerdekaan{/gallery}