Pada 25.08.2019 Unit Kokurikulum SK Kamil 2 telah mengadakan Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2019.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Azhar Bin Ab Aziz. Ini dikuti dengan Ucapan Perasmian Oleh Tn Haji Mah Dahwi Bin Ya Guru Besar SK Kamil 2. Majlis diteruskan dengan gimik pelancaran iaitiu penyerahan Perutusan Kemerdekaan Oleh “Rocket Boy” SKK2 , serentak dengan itu acara penurunan bendera Union Jack dan laungan MERDEKA yang diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum En Syaiful Azuan Bin Mohamed Nor.

Majlis diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang dengan iringan nyanyian lagu Negaraku. Majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil kelas telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Majlis disambung dengan upacara memotong kek kemerdekaan oleh barisan pentadbir sekolah.

Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu lagu patriotik. Pihak AJK sambutan merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Berikut adalah  foto sekitar majlis berlangsung.

{gallery}pelancaran_kemerdekaan_2019{/gallery}