Sekolah Kebangsaan Kamil 2 diasaskan pada 10 Januari 1954 dengan 76 orang murid. Nama asalnya ialah Government English School. Dimulakan dengan satu kelas “Special Malay” dan “Standard One”.

Guru Besar pertama - En. Ab. Rahim bin Che Teh. Dua orang Guru penolong Kanan, iaitu En. Ahmad bin Ab. Rahman dan Mohd Daham bin Hj. Abdul Hamid. Pada tahun 1955 ditukarkan kepada nama “KAMIL ENGLISH SCHOOL.” Nama “KAMIL” digunakan sempena nama Dato’ Nik Ahmad Kamil bin Dato’ Haji Nik Mahmood, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

Awal tahun 1961dipecahkan kepada dua iaitu :

Kamil Secondary School yang terdiri daripada murid dari Form One. Guru Besarnya En. Megat Hussain. ii) Kamil Primary School yang terdiri daripada murid dari Standard One hingga Standard Six. Guru Besarnya En. Ariffin bin Hj. Hassan Pada awal telah menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh (L) dan belajar pada waktu petang. Keramaian muridnya ialah 320 orang dengan 16 orang guru.

Pada 1 Januari 1972, Kamil Primary School berpecah kepada dua iaitu SRK Kamil 1 dan SRK Kamil 2 Bangunan SEKOLAH KEBANGSAAN KAMlL 2 yang ada sekarang siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 1980. Bangunan ini terletak di atas tapak seluas 7 ekar 510 depa. Mempunyai 7 bilik darjah, 1 perpustakaan dan 1 kantin. Bangunan baru tambahan 2 Blok (4 tingkat) telah siap dibina dan digunakan pada 1 Januari 2003.

SENARAI GURU BESAR

1. TN. HAJI MAHADY BIN MAHMOD (1972 – 1978)
2. EN. IBRAHIM BIN MUHAMAD (1978 – 1979)
3. EN. SHAARI BIN SAID (1979 – 1982)
4. EN. NAWI BIN AWANG (1982 – 1989)
5. EN. ISMAIL BIN AB RAHMAN (1989 – 1998)
6. EN. MOHD SUHAIMI BIN MOHD FAUZI (1998 – 1999)
7. EN. MOHD ZULKIFLI BIN ISMAIL (2000 – 2004)
8. TN. HAJI MISRAN B MIDIN (2005 – 2007)
9. TN. HAJI MAH DAHWI BIN YA (2007-sekarang)

Pencapaian

Anugerah Pengurusan Kokurikulum ~ Johan Peringkat Negeri Kelantan Anugerah Tokoh Guru Kokurikulum ~ Johan Peringkat Negeri Kelantan Anugerah Tawaran Baru Guru Besar (Bai'ah) ~ 2011 dan 2012 Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 7 ~ 2013

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Kelantan (2016-2018) - Naib Johan Kategori Sekolah Rendah