Tindakan : Seluruh Warga SKK2/PIBG/Ibu bapa/Penjaga/Semua Murid SKK2

Seluruh warga SK Kamil 2 dengan rasa sukacitanya mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada En Saupi Bin Mat Zain sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kamil 2 yang baru. Beliau akan menggantikan Tuan Haji Mah Dahwi Bin Ya yang bersara wajib mulai 01.07.2021. Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang P.Melayu Dan Sejarah dari Universiti Malaya. Beliau memulakan tugas sebagai Guru Besar mulai 16.11.2014 di SK Pemberian Kuala Krai dan mempunyai pengalaman senbagai Guru Besar selama 7 tahun. Semoga dengan kepimpinan beliau akan membawa SK Kamil 2 ke tahap yang lebih cemerlang di masa masa akan datang.