Isnin 12 Februari 2018 , Unit Hal Ehwal Murid SK Kamil 2 telah mengadakan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda dan Pelancaran Bulan Disiplin Peringkat SK Kamil 2.

Majlis dimulakan dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.  Majlis dimulakan bacaan doa yang disamikan oleh Al-Fadhil Ustaz Md Azlan Bin Aziz. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan oleh Guru Besar SK Kamil 2, Tn Hj Mah Dahwi Bin Ya. Majlis ini telah dirasmikan oleh PPgB Azhar Elmi bin Mustofar, Ketua Balai Bomba & Penyelamat Pasir Puteh . Majlis pelantikan pemimpin muda ini melibatkan 85 pengawas sekolah, 64 pengawas Pusat Sumber Sekolah  dan  22 pengawas Skim Pinjaman Buku Teks.  Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar pengawas yang dipimpin oleh ketua pengawas sekolah iaitu Ahmad Syaqer Zarfan Bin Muhamad Adib.

Unit Hal Ehwal Murid SK Kamil 2 merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut.

Berikut adalah foto sepanjang majlis tersebut berlangsung

{gallery}pelantikkan_pengawas_2018{/gallery}